Click Me, U Love Me

Follow Blog Saye

Monday, May 17, 2010

Ketawa Penawar Duka..

SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, 'Aku terpaksa minta cerai dari suamiku.''Kenapa..?' tanya temannya kehairanan.'Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko,' jawab si ibu muda.'OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?' tanya temannya lagi.'Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku....

BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
'Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang'
'Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?' tanya si teman penuh simpati.
'Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau....'

SAKSI SERBA TAHU

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.
Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.
Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..
Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..
Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya...
'Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah...,' kata hakim.

'INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?'

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya
'Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!'
Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkannya kembali.
'Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung...!' rengus si isteri.
'Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini...'

HUKUMAN MATI

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.
'Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat,' warden berkata
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
'Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat,' katanya.
Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, 'Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa...'

MENANG LOTERI RM3 JUTA

Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!

'SINI TAK BOLEH BERENANG'

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, 'Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!'
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. 'Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?' soal wanita tersebut.
'Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian,' jawab pemilik dusun dengan selamba.

MAKCIK DARI KAMPUNG

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
'Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la,' Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah.
Lalu pelayan itu pun menjawab, 'Sabar makcik, ini baru lif..'

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
'Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?' seorang pemuda di hujung talian bertanya.
'Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?' tanya pustakawan tadi.
'Tak boleh buka awal lagi ke?' pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
'Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!' pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. 'Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?'
'Siapa kata saya mahu masuk?' kata pemuda itu kesal, 'SAYA MAU KELUAR!'

UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, 'Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?'
'Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!' kata bos.
'Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga,' terang Semaun.
'Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!'

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
'Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!' pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, 'Kenapa Bang?'
Pak Pandir pun menjawab, 'Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'.'

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
'Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,' terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
'Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?' tanya jirannya.
'Tidak!' jawab Minah.
'Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!'


♥ Auni' is 4♥

♥ Auni' is 4♥

♥ HEPY BUFDAY ♥

♥ LOVEY DOVEY ♥